14 August 2009
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua,
Kembali lagi dengan cerita - cerita terbaru tapi kali ini saja aku nak mengimbas kembali zaman kanak2 yang dah lama kita tinggalkan. Tapi bile kenangkan balik tersenyum sendiri sebab kita dibesarkan dengan jajan, mainan dan kartun yang selalu kita tengok. Sapa - sapa yang lahir tahun 80an tu mesti tersenyum sendiri bila aku bawak kemabali mengimbas zaman2 seronok tu yang masa tu xde langsung rasa bersalah, xde apa masalah yang dalam fikiran hanya berseronok je. Tapi kali ni aku akan bawak korang satu persatu dan mula dengan bahagian pertama iaitu makanan ringan atau dalam bahasa melayu orang kita panggil Jajan.
Dulu masa aku kecik2 ada satu uncle ni bawak motor dan dia akan jual roti serta beraneka barang jajan. Aku panggil uncle tu "Teng teng " sebab slalu dia bunyikan loceng. he..he..
Masihkah korang ingat pada makanan ini yang ntah ada ke tak lagi zaman skang ni.
Dulu aku ingat Hiro ni harga dia RM0.50 je. Kenyang bila makan ni.
Salah satu jajan yang aku suka - Double Decker. Dah masuk alam pupus jugak sebab susah nak cari makanan ni.
Cokelat Crispy yang mana aku suka dengan rasa dia. Still lagi wujud skang ni.
Bubble gum yang dah xde lagi di pasaran atau dah ganti dgn makanan baru.
Nano nano - Salah satu dari gula-gula pertama yang berasa masam manis. Ingat lagi?
Mamee - Masih ada lagi di pasaran.Dulu sebungkus baru RM0.20 skang ntah berapa harga ntah
M&M - Dah moden sikit tapi dulu nak beli kadang2 je sebab time tu harga mahal.
Kiddies - Cokelat kecik2 yang mana dah xde lagi skang..huhuh sedihnya..
My Favourites!!! Ding dang - ada cokelat dan mainan RM0.50 je dulu..
Tora Datang lagi Dengan Permainan Didalamnya..He..he..Bagus satu tora ni ialah dia ada cokelat yang sedap cam biskut dan ada mainan yang unik. Aku suka beli benda ni dulu. Harga? Dulu baru RM1.00 je..skang ntah ada ntah tak..
Sugus - Dulu aku ingat sugus ni chewing gum siap makan pastu buag pastu baru aku tau rupanya bukan gula2 getah..hehehe..maklumlah bebudak mana tau..Masih ada lagi dipasaran skang
Sate ikan - Makanan malaysia yang sangat aku suka. Masih ada lagi tapi jarang dan agak susah untuk ditemui. Mungkin ni salah satu idea untuk sesapa yang nak berniaga kat pasar malam.Dulu masa aku duk terengganu abang tu jual naik beskal je. Satu cucuk baru RM0.10. Rindunya nak makan sate ikan...
Aiskrim Malaysia - Satu RM0.20 zaman aku kanak2 dulu. Macam2 perisa ada. Ada rasa Milo, Asam Boi, Oren dan macam2 lagi. Orang lain suka bila dia keras, tapi aku suka beli yang belum keras lagi tapi sejuk sebab suka minum air dia buat hilang dahaga. Selalu beli bila aku balik sekolah..Miss that time..With Love,
Syahrul@ Mr Fiance





asal tak taruk kfc kids fun club sekali. pengaruh besar gak tu