29 October 2008

Updated


Assalamualaikum


Wah, akhirnya en tunang update blog. Terima kasih papa.

Baru nak update next entry his bestfriend wedding day, tapi dier dah update. Its okey papa pasal mak Syafik tuh. Bukan salah papa pon kan. So bak kate kite yang muda ini, turutkan aje. Jangan derhaka pada orang tua. ;)

Everything yang been happen mase majlis pernikahan dan juga majlis persandingan Syafik & Dina sangat besh. Mana taknya, dapat lihat muke papa bersianr sinar jumpe kawan kawan lama. Nasib baik takde gf lame.. ;p ihik ihik..
Kerja sejak menjak memang banyak. Thanks to my new staff jugak yang banyak membantu. ECH nowdays have 11 new member. Ramai gile. Tapi SL masih lagi maintain kuning! ( maksudnye lepas tak lepas).. Hari hari cueb naikkan SL tapi masih lagi begitu..

Betulla.. kite patut kawin dulu. As per promises, kan kite dah janji nak ikat tunang 6 bulan je kan.. tapi something was happen. And i know its happen because of me. Thats why until now kita masih lagi ditahap ini. Papa, mama nak macam dulu.. macam dulu..Sigh**

Kalau bole putar dunia, alam, Allah itu Maha kaya, mama akan minta. Tapi mama tahu..kite tak bole berpatah kembali. Apa yang perlu masa hadapan. Macam mane nak setup things untuk masa hadapan. Skang dari tiada masalah yang timbul, banyak masalah yang timbul, banyak dugaan yang lebih akan dipertaruhkan. Macam mane nak hadapi semua tuh. Muke family, muke sendiri nak kene jage supaya orang tak kutuk mengutuk.. Sigh** hanye papa je yang tahu.. kan?

Ha..btw hari tuh jumpe sha angel. Amik kain yang pesan pade dier untuk beli di bandung. Kain untuk nikah dan juga kain untuk sanding pihak sebelah mama. Warna mama nak purple/gold. Macam biasa mama memang tak suke warna yang ramai orang dah pakai. Mama akan create new color. Color nih masih lagi tak glamour. tapi mama percaya lepas mama buat mesti meletup punye! hHahahah! Nikah masih lagi mengekalkan warna asal kesuciannya iaitu putih. Tapi sha angel beli putih off white bukan putih pure.

Tak kisah la.. janji dah ade. Hantaran pon kene listing balik. Kebanyakkan nya dah beli. Sebab kebanyakkannya gadgets yang memang lately dah beli. Nasib baik kotak semua masih lagi simpan. ;) Ha.. bile papa update pasal kawan baik (Nafis & Raha) nak kawin this december, teringat pulak kawan kite yang menjadi pengapit during kite tunang (Ika&Zul) yang akan melangsungkan pertunangan dan pernikahan pada 25 dec 2008.

Mama juga agak terkejut dengan berita dier. Mereka decide untuk nikah gantung. Zul pon mama tengok dah ade kemajuan sejak berpindah ke kl. Bagusnye.. mereka yang langkah bendul nih. memang patut bagi kite satu hantaran! ahahahaha! Kate ika tahun depan june baru nak sanding,.. Takpelah.. dari lame lame bagus juga mereka bernikah. Asik berkepit aje.. ;)

Eh panjang pulak entry mama nih. Nak cari lirik lagu kejaps. wait for the entry,



Love,

Mrs Tunang aka AIsya

BUSY & BUSY & BUSY






Assalamualaikum & Selamat Malam,

Mintak maaf pada semua sebab lama tak update blog sebab terlalu sibuk, maklumla dah nak dekat penghujung tahun, banyak yang kena disiapkan. At the same time kena prepared cause need to make a move. Start 2009 nak mulakan langkah baru, bukan nak tukar kerja, but want to stable my life and ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah..Amin..

Bulan ni ramai yang kawin termasuklah best friend sendiri. Seronok tengok kengkawan kahwin, rasa cam dah tua dah, tapi yang bestnya kitorang dapat berkumpul balik kengkawan semua lepas 8 tahun tinggalkan sekolah. Rupa bentuk fizikal pun dah lain, yang kurus dah jadi gemuk, yang gemuk dah jadi kurus..Papa je yang maintain je..debab :( Dan masing2 dah sibuk perkenalkan pasangan masing2 termasuk la papa..Walaupun time masa Syafik nikah ada insiden skit yang mana mak syafik salahkan papa sbb dia sesat..Apa punya orang la..hati sedikit terguris tapi member punya pasal iyekan aje..Lagipun dari kecik lagi kitorang da paham dah perangai mak syafik ni..tapi kenapa aku dipersalahkan??? Kenapa x bilun, faiz, napis ataupun besan dia sendiri?? Takpe la, yang penting semua selamat..Enjoy your first night..he..he..

To Syafik, congrates sbb dah tunaikan janji untuk jadi yang terbaik for your wife. Dah kawin ni jangan plak lupa member2 ni. Lepak still lepak tapi pasni lepak semua kena bawak bini masing2 kalau tak alamatnya tido luar la korang..he.he.he..Layan gambar2 menarik, bak kata mama, cam backstreet boys..he..he..& tak lupa untuk Sani, sanggup balik dari Jerman semata2 nak tgk member kahwin ngan jadi pengapit, walaupun dia kena balik kat Jerman sebab kerja kat sana but anything you do it jangan lupa Malaysia beb, dan jangan x balik plak!!!

Bulan ni agak kusut sedikit memandangkan dah nak ujung tahun, harga barang naik, itu naik, ini naik, kewangan pun da agak goyah, nak kena keluar dari semua kekusutan ni. Dalam kekusutan ni, Allah turunkan petunjuk yang mana papa dapat tawaran jadi TL MNP, corporate trainer kat Plaza Vads & SABIT (yang ni x confirm sbb x leh caya cakap boss walaupun director sendiri yang offer!!!) Still lagi dalam bingung, then jumpa balik member lama yang mana mak dia keje ngan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi) yang buatkan papa nak antar resume kat sana. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau x dapat maknanya bukan rezeki papa..Tapi belum cuba belum tahu kan?

To my lovely fiance / mama,
U look cute masa syafik wedding ngan nikah. Hope we be going together walaupun diri kita sentiasa diuji setiap waktu. Love you so much!! Our turn will come..InsyaAllah..Amin..

P/S: Another my best friend Nafis will going to married this coming 14 December..Setahun 3 best friend skali kawin, korang ni merancang ke apa? patut kita kahwin dulu, tapi Nafis langkah bendul..Hoh? Patutkah dia kena bagi satu persalinan kat papa? he..he..

That's all for today, Nak alek..esok kena kerja 8am..To sayang nnt alek rest k? Love you..See you in the next entry...Good Nite..daa...

26 October 2008

Next Entry..


Assalamualaikum..

For Next Entry.. Be Ready.. ;)

19 October 2008

Lagu Kita

Assalamualaikum,

Waiting to Mr Tunang update his blog makes me so bored. I know u having some EXTRAVAGANZA works. ;p

So saje selingkan dengan lagu ini. Lagu favourite buat masa ini.

Lagu Kita- Aizat

Deras hatiku berdetar
Di langit aku terlihat kamu
Terang malam,teman kita
Dengan angin meniup sayu

Ku petik gitar akustik ini

Dengan harapan dia mendengar
Melodi indah yang ku cipta
Hanya untuk luahkan rinduku padanya

Dan aku terus

Menyanyi lagu ini untukmu
Walau berjuta mendengar

Lagu ini hanya untukmu
Arah hidup kita
Digambar bintang di angkasa
Dan berkelip melukis cinta
Terciptalah lagu kita

16 October 2008

UPDATED HARI RAYA ENTRY


Assalamualaikum,


Selamat Tengahari.. Pagi tadi baru bace papa update blog. Hurm kesiannye pada papa. Memang call queue sangat banyak senjak menajk semua orang baru balik dari hari raya. Bile tengok LCD tv kat screen setiap hari ServiceLevel careline ade yang dah merah gile sampai mencecah 9.2%.. Dasyat! Service level kami bile dah sampai 80% pon kami dah kelam kabut.. Ape tah lagi kalau dah macam careline..


Saje nak update pada 11.10.2008 hari tuh kami ade pegi open house umah Faiz-Mizah. Faiz adalah kawan baik papa. Faiz juga merangkap sepupu saye! ayah saye adalah abang pada ayah faiz. Heeheh nak pendek kan cerita semua link together..
Kami tengok banyak gile makanan yang ala ala Pot luck bersama sama.. Tapi saya tak bawak ape ape.. Saya ngan en tunang bawak perut saje..
To Papa : its ok .. biase la time time datang bulan ni mama memang tempe. U should pampered me more.. ahahaha ;p
Lagi satu bile nak tgk kereta untuk mama tuh......................
okeyla.. update next entry..
Love,
Aisya @ Mrs Tunang


15 October 2008

BUSY + SIBUK = TERTEKAN



Assalamualaikum,

Genap 10 hari tak update blog langsung, bukan lupa cuma terlalu sibuk, sebab bila semua bos2 dah balik banyak keja yang nak dibuat, dicampur dengan staff-staff yang balik kampung dah tak balik langsung ke ofis..Hmm apalah nasib..Sudahnya terpaksalah kena buat keja staff bawahan..tu yang busy giler tu...

Sedar tak sedar dah 15 hari Syawal berlalu, sekejap je..kadang-kadang rasa menyesal pun ada keje time raya, yang paling best sampai ke arini tak apply apa2 cuti, cuma apply custi untuk best friend wedding je..Rindu pada Ramadhan Rindu pada Syawal, moga-moga tahun hadapan dapat berjumpa lagi andai dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Untuk mama, papa mintak maaf andai papa banyak salah, just want to make you happy always, and our anniversary had come closer and happy anniversary for our engangement on 11 October yang lalu..Dah 150 days our engagement..Semoga Allah panjangkan jodoh kita dan semoga kita tabah hadapi dugaan..Amin

Love u so much mama..

Regards,
Syahrul@ Papa

06 October 2008

AIDILFITRI 2008


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, Dah pon masuk seminggu kita semua menyambut aidilfitri. Seronok betul walaupon dalam waktu bekerja. Tahun nih meriah rasanye walaupun hiba bile denagr takbir raya kite kat office pulak.

Hari raya pertama, menyambut raya bersama ECH. Bawak rendang, ketupat, kuah kacang ayam special, kuih raya dan banyak lagi. Papa pula bawak nasi beriani, lontong, lemang, rendang daging dan banyak lagi makanan. Yang datang bekerja Clement, Mummy Chan, Andrew, Mr G, Siva, Raj, Azie.

Bile dah puas makan makan balik kami sempat berjalan jalan di hari raya.. Suke gile dapat tengok wayang same same.. Pegi putrajaya amik gambar guling guling dan makan kat oldtown dengan kawan baik papa.

Nak upload gambar tapi belum edit. Maybe later but at my blog ;)

But special for my papa..Look this!


Love,

Aisya @ Mrs Tunang

02 October 2008

~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~


Assalamualaikum...

Akhirnya Ramadhan berakhir dan bulan Syawal menjelma. Rindu rasa kat bulan Ramadhan. Banyak hikmah dan banyak dugaan untuk mama ngan papa.Sori untuk mama sebab raya kedua papa baru update blog. Emm..raya ni papa masih bekerja straight sampai hari sabtu ni. Seronok tengok cse2 ni beraya walaupun ada yang sedih tapi ramai yang bawak makanan untuk sambut kat sini. At least tak la sedih sangat. Cam papa seronok sebab mama ada. Walaupun tak sedondon tapi sampin masih lagi sama. Bukan xleh sedondon, tapi memandangkan saiz papa yang da besar teddy bear ni, terpaksa la mencari warna lain yang ada saiz. Tapi yang penting raya kita meriah. Cian mama kena amik papa alek kul 1.00am smalam. Thanks to '"Adeq" & Apiz (mama's cousin) sbb sudi teman mama amik papa. Rasa bersalah pun ada gak kat diorang sbb susahkan mereka. Sorry again..
Today, papa keje petang lagi tapi agak sakit kepala sebab call tak berenti2 tambah lagi pulak budak baru tanya soalan bertalu2. Pas tu da start sangap sebab keje da settle and papa start untuk susun semula my team~KuCuPaN MaUt~ He..he..tu nama lama tengah mencari idea untuk nama team baru..

Ok, need to end here, perut da start lapar, tambah lagi tgh hujan bestnya dapat makan nasi lemak ke, nasi putih ngan tomyam ke..perrghhh..tapi tu cuma angan2 je sbb skang tgh call queue, need to go and papa kena jump to the call queue for answering call..:( Da...

LOVIE DOVIE HARI RAYA AIDILFITRI





Assalamualaikum,

Alhamdulillah, raya tahun ini memang bermakna. Walaupun mama dan papa harus berjuang di ofis tatkala orang sibuk beraya. Everything was besh! Tahun ini takde cuti pon. Saje taknak apply sebab nak cuti after lepas raya.

Tahun ini tema kami sekeluarga adalah MERAH. Datang ke ofis semalam pagi sangat lovie dovie. Papa pulak datang selepas sembahyang raya. Mama bawak ketupat, rendang ayam, Kuah kacang. Papa pulak datang tengahari bawak Nasi Beriani, Lontong, Lemang, Rendang daging dan banyak lauk lagi.. Kenyang bebudak kat sini.

Mr G, Clement, Mummy Chan, Raj, Sheng Baby makan tak ingat dunia semua. Suke tengok dorang semua makan. Ha lupe nak inform. Malam raya hari kami shopping tak ingat dunia punye. Barang barang yang mama dan papa beli banyak gile! Termasuk kamera idaman T-700! cantik giler!~

Hahaha!~ Check the pic up there!~ Enjoy!~ Selamat Hari raya!!~

Love,

Aisya @ Mrs Tunang

;;