21 June 2009

HAPPY FATHERS DAY 21 JUNE 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dan masih lagi bernafas untuk terus menaip blog. Before this aku update pasal Mothers Day, but kali ni aku nak update pasal Selamat Hari Bapa atau nama omputihnya, Happy Fathers Day.. :)

Masih ingat lirik lagu aris ariwatan, tajuk lagunya 1,2,3,4? sangat menarik liriknya untuk jadikan pedoman pada anak2 zaman sekarang. Mungkin ada yang ingat ada yang tak. Tersentuh hati aku dulu bila aku pernah terserempak senario ni pada hari bapa (ntah tak ingat tahun biler). Bile seorang kanak2 dalam lingkungan umur 6 tahun disuruh ibunya pegang bunga untuk diberikan pada ayahnya sambil berkata " Selamat Hari Bapa Babah". Tatkala tu, aku tersenyum sorang2 betapa terharunya bila seorang anak mengucapkan "selamat hari bapa" yang jarang kita dengar sekarang. Dan masa tu jugak aku teringat kat arwah abah yang sangat kami rindukan..


Kampung aku Tikam Batu Kedah @ Tempat lahir abah

Bercerita tentang arwah abah, dilahirkan pada 7 April 1950 kat Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Kalau tengok gambar orang ingat P. Ramle. He..he..Belajar dan dibesarkan semua kat Sungai Petani sebelum menjadi seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang berjaya (bukan cybercop @ polis angkasa). Ya, aku seorang anak polis.Masa dulu arwah abah start jadi polis kat Alor Setar dan kami sekeluarga ada beli rumah kat Kepala Batas (Apa dah jadi la ngan umah tu). Lepas daripada tu arwah abah naik pangkat kepada ASP yang mana arwah abah kena bertukar ke Ipoh (tempat lahir aku) dan kami duduk di jalan eden park dekat je ngan kampung manjoi. pastu arwah abah naik pangkat lagi tapi kali ni kena pergi ke pantai timur. Masa tu arwah abah menjawat jawatan TSP merangkap Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu. Time ni besh sebab selama aku jadi budak bandar kali ni masuk kampung and jadi budak kampung yang rajin mandi sungai...Bushhhh~He..he.. Jodoh kami sekeluarga di Terengganu hanya untuk 3 tahun sahaja. Tahun 1996, arwah abah naik pangkat lagi tapi kali ni pangkat DSP merangkap Ketua jabatan untuk Jenayah Perdagangan (ala2 CSI) sebelum menghembuskan nafas terakhir sebab sakit jantung.Sebelum arwah abah meninggal, aku diberitakan, nama arwah abah dah ada dalam list untuk naik pangkat lagi kepada ketua polis negeri.


Rumah Kami di Ipoh

Tapi Allah SWT lebih menyayangi abah. . Abah pergi buat selamanya tanggal 19 Disember 1996 pada umur 46 tahun kerana sakit jantung dan meninggal dalam tidur.Meninggal dalam tidur? Yup, arwah abah kena serangan jantung dalam tidur.Aku masih ingat lagi tanggal 19 disember tu kul 1.00am mama kejutkan kitorang dan nangis2 cakap abah x bangun.Masa tu aku terus ke bilik mama then tgk abah tak bernyawa lagi. Aku urut kaki arwah, gerak2 kan badan arwah abah dengan harapan arwah abah bangun tapi arwah abah dah xde. Aku ngan rizal (adik aku) meraung dan dalam masa yang sama, dalam keadaan yang lemah aku mengucap untuk arwah abah. Masa tu kami sekeluarga baru berpindah seminggu dari Terengganu ke Sungai Buloh (Bandar Rahman Putra) dan arwah abah baru ditugaskan ke Bukit Aman. Abang Iwan (Abg aku) xde sebab masa tu dia kat Terengganu lagi, Kesian abg Iwan sebab x dapat jumpa abah, masa tu abg Iwan baru pas SPM. Rizal umur dia baru 8 tahun. Aku tgk adik aku apalah yang dia faham pada umur 8 tahun kehilangan seorang ayah.Sebab tu mama pesan kat kami adik beradik jadi ayah untuk rizal. Jenazah arwah abah selamat dikebumikan kat Sungai Petani, tempat kelahiran abah.Tu lah serba sedikit latar belakang arwah abah aku.

Setiap orang ada yang jadikan ayahnya seorang idola, begitu jugak aku. Apa yang aku hormat, arwah abah ni seorang berdarah pemimpin. Atuk aku dulu seorang guru besar, arwah abah polis, dan aku? Team Leader call centre je. Sifat arwah abah yang sangat aku suka ialah dia seorang yang cool tapi tegas terutama ketika kerja. Pernah dia marahnya konstable sampai aku yang terkejut. Tapi kat rumah abah sangat cool dan "sporting". Aku boleh dikategorikan sebagai anak yang paling manja kot ngan abah sebab apa aku nak abah akan bagi (yang baik2 laa). Masa aku kecik2 kalau aku merengek mama slalu marah pastu abah mesti cakap dengan mama dalam loghat kedah "Biaq pi la, apa si syahrul tu nak, bagi pi je la". Pastu mama mesti muncung..he..he..anak abah..Tapi dalam pada tu abah jugak seorang yang tegas. Pengalaman yang x dapat dilupakan bila aku kantoi rokok masa umur aku 13 tahun. Masa tu nak pegi masjid sembahyang Isyak, kebetulan pulak lampu jalan xde, dengan selamba dan machonya dan yakinnya mama dan abah x nampak, aku nyalakan rokok marlboro aku depan pintu pagar. Padahal time tu, abah ada kat beranda tingkat atas. Keesokannya aku kena panggil dengan abah dan abah sangat cool tanya "Kau isap rokok ek?" Aku memang tak pernah tipu abah. terus aku mengaku je. Bila mama dapat tahu, cam biasalah, "bebelan super saiya" yang aku dapat. Tapi abah marah aku? Tak, abah duk rilek je, cool je sambil tgk muka aku kena marah ngan mama.

Dulu masa kecik2 abah slalu hadiahkan aku beskal. Masa kat terengganu adalah dalam 3 biji beskal aku dapat. Dan abah ada satu hobi ketika hujung minggu yang aku panggil sebagai "Mari menebas lalang" sebab arwah abah suka mengemas. Dia x suka serabut2. Semua kerja abah kemas je. I hope to be like him. Kalau x bangun siaplah dia masuk bilik kejutkan..he..he..Dan satu lagi hobi arwah abah ialah karaoke. Hujung minggu slalu abah akan bukak karaoke set then nyanyi. Masa tu x pakai cd player lagi. Masih lagi pakai VHS (Pakai video tape yang besar gedabak). Sebab tu lagu2 lama aku tau sebab aku pernah nyanyi ngan abah. Lagu yang selalu aku duet ngan abah lagu "Ini Rindu" nyanyian Farid Harja. Arwah abah suka sangat lagu tu. Pastu satu lagi lagu yang selalu arwah abah nyanyi "Mawar Putih Tanda Perpisahan". Lagu tu sangat sedap dan sampai ke hari ni aku masih ingat lagi lagu tu sampai ke hari ni..

Arwah abah sangat suka berjalan. Dan kalau berjalan dia akan bawak satu family. Dan kerana abah jugak aku dah jejak kan kaki ke seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah Sarawak je. Kalau x tido hotel, kitorang tido kat rumah sedara mara. Kalau time raya mmg paling best, abah akan bawak kitorang pusing satu utara termasuk Perlis dan Bukit Kayu Hitam. Abah jugak suka bawak kitorang makan2. Ingat lagi abah suka sangat makan mee bandung and nasi kandar. Kalau balik sungai petani, memang takkan lepas punya. Sebab tu aku pun ikut perangai abah suka berjalan ngan suka makan. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? cam omputih cakap "Like father like son". lebih kurang la bunyinya..

Bercerita pasal hadiah, arwah abah pernah hadiahkan aku jam tangan popeye. Rare giler jam tu.. Masa adik aku rizal darjah empat aku bagi jam tu kat dia tapi pastu rizal ilangkan. Aku punya mengamuk ngan rizal sampai menangis sebab tu je kenangan yang aku ada ngan arwah abah. Tapi xpe lah, xde rezeki aku. Kenangan kita simpan dalam hati. Betul tak? Hmm..Sebulan sebelum family aku pindah, abah kena lapor diri dulu kat bukit aman. Masa tu abah dah sewa rumah kat sungai buloh. Family semua masih kat Terengganu. Then masa tu cuti sekolah, aku orang yang pertama ikut abah ke KL sebab nak teman abah. Xdelah abah sengsorang kat sana. Masa aku dapat tau kitorang kena pindah KL, aku jadi gundah gulana sebab time tu hidup aku dah sebati jadi budak kampung. 3 tahun aku tinggal kat Terengganu banyak yang aku belajar dari seorang kanak2 bandar jadi budak kampung yang kaki mandi sungai!! Masa aku ikut arwah abah ke KL, sepanjang perjalanan tu aku cari macam2 alasan untuk aku terus stay kat Terengganu. Aku pernah tanya abah "Kalau Syahrul nak tinggal kat Terengganu leh tak?" Abah tgk aku then senyum je pastu cakap "Napa nak pindah Terengganu? Semua nanti kan nak pindah KL.."Aku senyap je. Then aku try lagi pujuk abah, aku cakap aku nak sekolah kat Terengganu, tak nak duduk bandar, nanti cuti sekolah aku datang la KL. Pastu abah diam and pandang aku sambil drive kereta Volvo kesayangan abah. Sepanjang perjalanan ke KL aku masih cari peluang untuk pujuk abah tapi gagal. Sebelum sampai KL, abah pesan kat aku yang merupakan pesanan terakhir sebelum dia meninggal yang buat aku x nak pujuk abah lagi. Abah cakap,

"Nanti Syahrul duk kat KL la, pastu jaga mama elok-elok" Aku tak faham masa tu sebab time tu aku baru berumur 13 tahun dan lepas arwah abah meninggal aku x sangka itu pesanan terakhir abah untuk aku. Masa kat KL aku banyak lepak kat rumah sebab abah kerja kat Bukit Aman. Bila hujung minggu, arwah abah bawak aku jalan2 kat KL. Seronok sangat time tu sebab aku rapat sangat dengan abah. Pas sebulan, mama, rizal, pindah KL. Sehari sebelum abah meninggal, kitorang tgk cerita P Ramlee sama2 dan buat kali yang terakhir. Dan malam tu abah meninggal dalam tidur sebab serangan jantung. Rasa macam disentap sebab aku dah xde ayah, apatah lagi untuk adik aku yang time tu umur 8 tahun. Dan start daripada tu, my life had begin, no more enjoy sebab aku ingat pesan abah dan aku masih lagi pegang sehingga hari ini..Kepada sesiapa yang masih ada ayah, hargai lah mereka, seperti mana mereka sanggup berkorban titik peluh demi mencari rezeki dan untuk anak2 di masa hadapan. Jangan lah hantar mereka ke rumah orang2 tua, tak salah kalau kita pulak balas jasa mereka dengan menjaga mereka dan memberi kasih sayang..

To Abah, you are the best dad in the world. We really miss you. Maafkan Syahrul sebab jarang jenguk abah. InsyaAllah, nanti syahrul datang ngan mama, abang iwan, rizal, kak waty, abang man ngan cucu abah yang tak sempat abah tatap Akmal Akil.Pesanan abah akan selalu kami pegang. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan kami doakan abah tenang disana..Amin..Happy Fathers Day untuk Abah, kami rindu abah dan sayang abah selamanya..Our memories will be remember forever dan jasamu akan tetap dikenang selamanya..

Al - Fatihah.. In Memories 7 April 1950 - 19 Disember 1996

TPP MD YUSOFF BIN HAJI AHMAD

P/S : lama x ziarah kubur abah, rindu nak jenguk. Last sekali pergi masa pergi Jitra ngan sayang..

Masa pegi kubur arwah abah.. Gambar curi2 dari sayang..

Nanti nak upload gambar masa kecik2 dulu ngan arwah abah. Jumpa lagi di next entry..happy fathers day to all daddy in the world..Daaa..

Salam hari bapa,

Syharul @ En Tunang @ Mr papa

14 June 2009

ANNIVERSARY~





Assalamualaikum & salam rindu untuk blog...

Dah lama x update blog sebab terlalu busy dengan kehidupan dan kerjaya yang menghalang aku untuk update blog. Tapi hari ni aku akan update entrance yg best. Pernah tak korang terfikir untuk mendapat hadiah sesuatu yang sangat istimewa dan kejutan yang tak pernah terlintas difikiran? Yang pastinya kalau ada pasti korang adalah orang yang bertuah dan aku adalah salah seorang darinya!!!

Tanggal 11 June 2009, cukup 1 tahun 30 hari hari ulangtahun pertunangan. Dua hari lepas 12 June 2009, aku mendapat hadiah kejutan yang paling besh dalam hidup aku. My sweety fiance hadiahkan Nokia E71 BLACK STEEL yang sangat aku idamkan!!. Patut la semenjak dua menjak ni my sweety fiance slalu tanya "Papa suka handphone apa ek?". Aku just cakap "Papa nak cari phone yang leh subscribe email". Memang dah lama aku nak beli tapi kewangan tak mengizinkan. Ingat nak beli Blackberry tapi nanti aku pulak yang "terbery" nak bayar monthly charges dia. Tapi Alhamdulillah my sweety fiance hadiahkan aku E71 yang cukup sempurna untuk aku gunakan untuk tugas aku. Thanks sayang..



On 12 June aku cuti but teman my sweety fiance kat office sebab dia keja. Memandangkan aku pun ada keja nak buat then aku pun lepak kat opis sambil teman my sweety fiance keja. Tgh duk lepak kat kerusi tetiba my sweety fiance hulurkan sebungkus hadiah yang buat aku terpinga2. Then aku bukak pelan2 dengan rasa hati yang berdebar2....jeng jeng...Nah..Kotak phone NOKIA E71 BLACK STEEL tersergam indah. Terus bukak dan belek sambil lidah kelu sbb terkejut. Then terus amik gambar seperti di bawah.









To my sayang,

Thanks for the gift. Im really appreaciate it. Happy anniversary for us. Hope the light will be more bright after this. I will using the gift dan papa akan jaga Nokia ni elok2. Thanks a lot. Im really happy with it. :) Love you..

Semoga jumpa di lain entry..Daa..



P/S: Think of another surprise. Apa ek?

With Regards,
Mr Papa @ En Tunang

;;