15 August 2009

BACK TO KIDS MEMORY PART 2

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera hendaknya..

Sambungan untuk part 2 kembali dengan shopping kompleks apa yang slalu korang pegi masa kecik2 dulu? Ataupun shopping kompleks mana yang slalu parents korang bawak untuk beli baju raya, baju sekolah dan sebagainya. Cuba tengok list yang aku bagi dibawah ni. Ada yang masih wujud sampai skang, ada yang dah xde dah. Tapi kalau ada yang aku tertinggal, hope boleh comment2 kan or list kan, nanti aku cari dia punya gambar..

Super Kinta Ipoh - Tempat favourite aku sekolah rendah especially time raya dan beli baju sekolah. Last aku pegi kat Ipoh awal tahun ni, shopping kompleks ni dah xde dah. Dah tinggal kenangan..Sapa orang Ipoh mesti tau tempat ni..

Mydin - Salah satu dari company yang menjual barang2 borong dan kepunyaan seorang mamak.Kaya owner mydin ni sampai skang satu Malaysia dia dah ada. Salute!!!Selalu beli barang keperluan masa kecik kat sini sebab murah..

Metrojaya - Shopping complex ni masih ada dan wujud lagi kat Malaysia. Cuma bezanya, barang yang dipaparkan dulu ngan skang tak sama. Skang banyak butik dan harga agak mahal. Dulu kecik2 pegi sini time aku pegi umah makcik aku je. Kalau tak, tekde maknenya nak datang sini.

Kamdar - Ini adalah shopping kompleks kegemaran mama aku. Jenuh nak menunggu kalau mama aku pegi beli kain, boring sebab xde arcade games hehehe. Masih wujud lagi sampai skang..Cayalah..

Hankyu Jaya - Salah satu shopping kompleks setaraf dengan The Store dan Giant satu ketika dahulu. Ntah kenapa lah pasaraya ni dah xde. Dengar kata dah bankrap. Selalu pegi sini dulu sebab nak beli barang dapur ngan family aku. Mesti korang pernah pegi kan?

Yik Foong - Salah satu shopping kompleks terkenal kat town Ipoh. Dulu suka pegi sini sebab beli baju sekolah ngan games. masih wujud lagi kat Ipoh. Sapa2 pegi ipoh Yik foong boleh dijadikan landmark pusat bandar Ipoh.

Makro - Dulu selalu pegi Makro Shah Alam sebab beli barang secara pukal atau bulk. Yang tak beshnya kat sini kalau beli barang dia tak bagi plastik, kalau nak plastik kena beli, hampeh dok ado. Skang company ni dah bungkus kat Malaysia dan Tesco take over. Miss this makro..

Parkson Grand - Yang ni bukan yang parkson skang. Ni zaman dulu punya. Parkson Grand yang famous dulu ialah kat Subang Jaya. Tapi jarang beli barang kat sini. Selalu kalau parents aku bawak aku kat sini pun sekadar jalan2 je. Sebab barang kat dalam ni agak le mahal.

Yaohan - Salah satu shopping kompleks favourite jugak sebab ada arcade games!! Skang shopping kompleks ni dah xde, tinggal kenangan, ntah kenapa dia pun ikut terkubur cam hankyu Jaya. Famous time hujung 80an.

Globe Silk Store - Gedung membeli segala jenis pakaian sebelum "Pusat Pakaian Hari2" wujud. Selalu pegi sini beli baju sekolah dan alat tulis. Skang hanya tinggal satu je kat KL. Tempat lain tak tau lah ada lagi ke tak. Miss this shopping complex.

So, teruja tak tengok shopping kompleks kita kecik2 dulu? Sapa yang lahir 1980an mesti senyum je teringat tempat kita beli baju, alat tulis, baju raya dan macam2 lagi. tapi ada yang dah tinggal kenangan dan ada yang masih wujud lagi..

Sehingga berjumpa di Bahagian Ketiga - Back to Kids Memory. Daa..

With love,
Syahrul @ Mr Fiance



14 August 2009

BACK TO KIDS MEMORY PART 1 - JAJAN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua,

Kembali lagi dengan cerita - cerita terbaru tapi kali ini saja aku nak mengimbas kembali zaman kanak2 yang dah lama kita tinggalkan. Tapi bile kenangkan balik tersenyum sendiri sebab kita dibesarkan dengan jajan, mainan dan kartun yang selalu kita tengok. Sapa - sapa yang lahir tahun 80an tu mesti tersenyum sendiri bila aku bawak kemabali mengimbas zaman2 seronok tu yang masa tu xde langsung rasa bersalah, xde apa masalah yang dalam fikiran hanya berseronok je. Tapi kali ni aku akan bawak korang satu persatu dan mula dengan bahagian pertama iaitu makanan ringan atau dalam bahasa melayu orang kita panggil Jajan.

Dulu masa aku kecik2 ada satu uncle ni bawak motor dan dia akan jual roti serta beraneka barang jajan. Aku panggil uncle tu "Teng teng " sebab slalu dia bunyikan loceng. he..he..

Masihkah korang ingat pada makanan ini yang ntah ada ke tak lagi zaman skang ni.

Dulu aku ingat Hiro ni harga dia RM0.50 je. Kenyang bila makan ni.

Salah satu jajan yang aku suka - Double Decker. Dah masuk alam pupus jugak sebab susah nak cari makanan ni.

Cokelat Crispy yang mana aku suka dengan rasa dia. Still lagi wujud skang ni.

Chupa chups - Selalu makan kat dalam kelas masa sekolah rendah

Bubble gum yang dah xde lagi di pasaran atau dah ganti dgn makanan baru.

Nini cokelat celup - suka makan benda ni sambil tgk kartun :)

Nano nano - Salah satu dari gula-gula pertama yang berasa masam manis. Ingat lagi?

Mamee - Masih ada lagi di pasaran.Dulu sebungkus baru RM0.20 skang ntah berapa harga ntah

M&M - Dah moden sikit tapi dulu nak beli kadang2 je sebab time tu harga mahal.

Kiddies - Cokelat kecik2 yang mana dah xde lagi skang..huhuh sedihnya..

My Favourites!!! Ding dang - ada cokelat dan mainan RM0.50 je dulu..

Tora Datang lagi Dengan Permainan Didalamnya..He..he..Bagus satu tora ni ialah dia ada cokelat yang sedap cam biskut dan ada mainan yang unik. Aku suka beli benda ni dulu. Harga? Dulu baru RM1.00 je..skang ntah ada ntah tak..

Sugus - Dulu aku ingat sugus ni chewing gum siap makan pastu buag pastu baru aku tau rupanya bukan gula2 getah..hehehe..maklumlah bebudak mana tau..Masih ada lagi dipasaran skang

Sate ikan - Makanan malaysia yang sangat aku suka. Masih ada lagi tapi jarang dan agak susah untuk ditemui. Mungkin ni salah satu idea untuk sesapa yang nak berniaga kat pasar malam.Dulu masa aku duk terengganu abang tu jual naik beskal je. Satu cucuk baru RM0.10. Rindunya nak makan sate ikan...

Aiskrim Malaysia - Satu RM0.20 zaman aku kanak2 dulu. Macam2 perisa ada. Ada rasa Milo, Asam Boi, Oren dan macam2 lagi. Orang lain suka bila dia keras, tapi aku suka beli yang belum keras lagi tapi sejuk sebab suka minum air dia buat hilang dahaga. Selalu beli bila aku balik sekolah..Miss that time..

Hmm..Begitulah bahagian pertama untuk entry back to kids memory. Akan bersambung pada bahagian kedua yang mana lebih menarik untuk aku bawak kepada pembaca blog berkenaan dengan zaman kanak2 dulu. Kalau korang jalan2 kat shopping complex pastu terjumpa dgn makanan ni, apa kata korang beli dan boleh mengimbau kembali zaman kanak2. Pasti ada yang masih tersenyum lepas membaca entry ni. See ya in part 2 BACK TO KIDS MEMORY..Daaa.

With Love,
Syahrul@ Mr Fiance

09 August 2009

HEPI BESDAY MY SWEETY FIANCE

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk terus menulis dalam blog ni. Walau pin jarang-jarang tapi still masih menjenguk dan menaip untuk update terutamanya hari yang istimewa :)

Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi,
Selamat Hari Jadi Nuraisya @ My Sweety Fiance,
Selamat Hari Jadi...

Tanggal 24 July 2009, sambutan hari lahir cik tunang saya yang ke - eheemmm (dirahsiakan). Sebenarnya entry ni da update dalam draft cuma x berkesempatan nak postkan disebabkan kerja dan halangan penggunaan internet di ofis. Sebab tu update lambat. Sori Sayang.
Selain dari update lambat sebenarnya ada tujuan yang lain dan sebab yang lain kenapa saya update lambat. Sebab nak bagi hadiah!! Surprise di situ katanya. On that special day, i had take an off day sebab saja nak bagi kejutan . And it is at the same time a lucky day cause hari lahir sayang jatuh pada hari jumaat (Alhamdulillah).Malam tu saya call cik tunang tersayang untuk ucapkan hepi besday. Keesokan paginya bangun awal, siap pakai baju melayu kaler itam (Bak kata bebudak CPC MNP - "Cik Syahrul dah macam nak pegi main kompang") he.he.., then kasi shave skit muka serabai, pastu bergerak ke menara celcom (Sayang saya ni keja jadi kenalah ke sana). Lepas parking Kiki, terus ke tingkat 10. Dengan gaya ala orang nak bukak silat dan sejambak bunga ros di tangan, ramai yang terpegun. Jagan salah faham ye, terpegun bukan sebab macho, tapi tgk muka ganas bawak bunga ros sejambak (Jiwa Sirap bandung!!) he..he..



Sampai disana, terus bagi bunga dan ucapkan selamat harijadi kat cik tunang. Yang paling besh, cik tunang saya malu2 nak amik bunga. Look you so happy. :) Hope you like the roses. Dan yang paling best pastu, semua kaum hawa di ECH u sibuk bgtau suami,boyfriend, skandal masing2 nak minta bunga cam saya bagi kat cik tunang saya..hahaha..mana boleh, tu special punya, going to own delivery dari shah alam ke menara celcom. :) Lepas cik tunang saya abish keja, we are going to my workplace. Kenapa? Sebab kat sana ada sambutan jugak sempena 2nd site anniversary yg pertama. Tapi tu bukan la tujuan utamanya. Tujuan utamanya adalah untuk menyambut hari jadi cik tunang saya bersama anak buah saya..hahah..cuba tengok gambar dibawah ni..dan itu yang membezakan sambutan hari lahir cik tunang saya tahun lepas dan tahun ini..yeayyy..kita sambut beramai dgn makan cupcakes yg ditempah special oleh cik tunang saya untuk bebudak CPC & MNP. It's really nice day especially at night. We having romantic late dinner with cuppies yang dibuat oleh kak yoyo sampai pukul 3am (Thanks kak yoyo, its really sedap!!) Tengok gambar kat bawah ni betapa sihatnya saya setelah makan cuppies yang banyak, tapi x kisah because it is a special day for my sweety fiance!!




Aaa? hadiah untuk cik tunang saya bunga ngan kad je? Hish, mana ada, mestilah ada yg special, cuba tengok kat bawah ni, dan kalau pandai cuba la teka apa dia.hihihih..hanya tuan empunya badan mengetahui.. :) To sayang, hope you like the present especially for you!! Tahun lepas saya bagi kadbesar, tahun ni saya bagi bunga besar..





Another Lovely words to you,

Sayang,

Selamat Hari Lahir dan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selamanya. Umur dah meningkat dan pada masa ni sayang dah x digelar remaja lagi. It will call as "wanita hari ini" because you had been matured and will look more beautiful. Hope all of your wish will come true and I love and miss you..Abang sentiasa dokan yang terbaik untuk sayang. Happy Birthday My Sweety Fiance.. :)

With Love,
En Tunang @ Mr Fiance

21 June 2009

HAPPY FATHERS DAY 21 JUNE 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur dan masih lagi bernafas untuk terus menaip blog. Before this aku update pasal Mothers Day, but kali ni aku nak update pasal Selamat Hari Bapa atau nama omputihnya, Happy Fathers Day.. :)

Masih ingat lirik lagu aris ariwatan, tajuk lagunya 1,2,3,4? sangat menarik liriknya untuk jadikan pedoman pada anak2 zaman sekarang. Mungkin ada yang ingat ada yang tak. Tersentuh hati aku dulu bila aku pernah terserempak senario ni pada hari bapa (ntah tak ingat tahun biler). Bile seorang kanak2 dalam lingkungan umur 6 tahun disuruh ibunya pegang bunga untuk diberikan pada ayahnya sambil berkata " Selamat Hari Bapa Babah". Tatkala tu, aku tersenyum sorang2 betapa terharunya bila seorang anak mengucapkan "selamat hari bapa" yang jarang kita dengar sekarang. Dan masa tu jugak aku teringat kat arwah abah yang sangat kami rindukan..


Kampung aku Tikam Batu Kedah @ Tempat lahir abah

Bercerita tentang arwah abah, dilahirkan pada 7 April 1950 kat Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Kalau tengok gambar orang ingat P. Ramle. He..he..Belajar dan dibesarkan semua kat Sungai Petani sebelum menjadi seorang pegawai polis berpangkat tinggi yang berjaya (bukan cybercop @ polis angkasa). Ya, aku seorang anak polis.Masa dulu arwah abah start jadi polis kat Alor Setar dan kami sekeluarga ada beli rumah kat Kepala Batas (Apa dah jadi la ngan umah tu). Lepas daripada tu arwah abah naik pangkat kepada ASP yang mana arwah abah kena bertukar ke Ipoh (tempat lahir aku) dan kami duduk di jalan eden park dekat je ngan kampung manjoi. pastu arwah abah naik pangkat lagi tapi kali ni kena pergi ke pantai timur. Masa tu arwah abah menjawat jawatan TSP merangkap Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu. Time ni besh sebab selama aku jadi budak bandar kali ni masuk kampung and jadi budak kampung yang rajin mandi sungai...Bushhhh~He..he.. Jodoh kami sekeluarga di Terengganu hanya untuk 3 tahun sahaja. Tahun 1996, arwah abah naik pangkat lagi tapi kali ni pangkat DSP merangkap Ketua jabatan untuk Jenayah Perdagangan (ala2 CSI) sebelum menghembuskan nafas terakhir sebab sakit jantung.Sebelum arwah abah meninggal, aku diberitakan, nama arwah abah dah ada dalam list untuk naik pangkat lagi kepada ketua polis negeri.


Rumah Kami di Ipoh

Tapi Allah SWT lebih menyayangi abah. . Abah pergi buat selamanya tanggal 19 Disember 1996 pada umur 46 tahun kerana sakit jantung dan meninggal dalam tidur.Meninggal dalam tidur? Yup, arwah abah kena serangan jantung dalam tidur.Aku masih ingat lagi tanggal 19 disember tu kul 1.00am mama kejutkan kitorang dan nangis2 cakap abah x bangun.Masa tu aku terus ke bilik mama then tgk abah tak bernyawa lagi. Aku urut kaki arwah, gerak2 kan badan arwah abah dengan harapan arwah abah bangun tapi arwah abah dah xde. Aku ngan rizal (adik aku) meraung dan dalam masa yang sama, dalam keadaan yang lemah aku mengucap untuk arwah abah. Masa tu kami sekeluarga baru berpindah seminggu dari Terengganu ke Sungai Buloh (Bandar Rahman Putra) dan arwah abah baru ditugaskan ke Bukit Aman. Abang Iwan (Abg aku) xde sebab masa tu dia kat Terengganu lagi, Kesian abg Iwan sebab x dapat jumpa abah, masa tu abg Iwan baru pas SPM. Rizal umur dia baru 8 tahun. Aku tgk adik aku apalah yang dia faham pada umur 8 tahun kehilangan seorang ayah.Sebab tu mama pesan kat kami adik beradik jadi ayah untuk rizal. Jenazah arwah abah selamat dikebumikan kat Sungai Petani, tempat kelahiran abah.Tu lah serba sedikit latar belakang arwah abah aku.

Setiap orang ada yang jadikan ayahnya seorang idola, begitu jugak aku. Apa yang aku hormat, arwah abah ni seorang berdarah pemimpin. Atuk aku dulu seorang guru besar, arwah abah polis, dan aku? Team Leader call centre je. Sifat arwah abah yang sangat aku suka ialah dia seorang yang cool tapi tegas terutama ketika kerja. Pernah dia marahnya konstable sampai aku yang terkejut. Tapi kat rumah abah sangat cool dan "sporting". Aku boleh dikategorikan sebagai anak yang paling manja kot ngan abah sebab apa aku nak abah akan bagi (yang baik2 laa). Masa aku kecik2 kalau aku merengek mama slalu marah pastu abah mesti cakap dengan mama dalam loghat kedah "Biaq pi la, apa si syahrul tu nak, bagi pi je la". Pastu mama mesti muncung..he..he..anak abah..Tapi dalam pada tu abah jugak seorang yang tegas. Pengalaman yang x dapat dilupakan bila aku kantoi rokok masa umur aku 13 tahun. Masa tu nak pegi masjid sembahyang Isyak, kebetulan pulak lampu jalan xde, dengan selamba dan machonya dan yakinnya mama dan abah x nampak, aku nyalakan rokok marlboro aku depan pintu pagar. Padahal time tu, abah ada kat beranda tingkat atas. Keesokannya aku kena panggil dengan abah dan abah sangat cool tanya "Kau isap rokok ek?" Aku memang tak pernah tipu abah. terus aku mengaku je. Bila mama dapat tahu, cam biasalah, "bebelan super saiya" yang aku dapat. Tapi abah marah aku? Tak, abah duk rilek je, cool je sambil tgk muka aku kena marah ngan mama.

Dulu masa kecik2 abah slalu hadiahkan aku beskal. Masa kat terengganu adalah dalam 3 biji beskal aku dapat. Dan abah ada satu hobi ketika hujung minggu yang aku panggil sebagai "Mari menebas lalang" sebab arwah abah suka mengemas. Dia x suka serabut2. Semua kerja abah kemas je. I hope to be like him. Kalau x bangun siaplah dia masuk bilik kejutkan..he..he..Dan satu lagi hobi arwah abah ialah karaoke. Hujung minggu slalu abah akan bukak karaoke set then nyanyi. Masa tu x pakai cd player lagi. Masih lagi pakai VHS (Pakai video tape yang besar gedabak). Sebab tu lagu2 lama aku tau sebab aku pernah nyanyi ngan abah. Lagu yang selalu aku duet ngan abah lagu "Ini Rindu" nyanyian Farid Harja. Arwah abah suka sangat lagu tu. Pastu satu lagi lagu yang selalu arwah abah nyanyi "Mawar Putih Tanda Perpisahan". Lagu tu sangat sedap dan sampai ke hari ni aku masih ingat lagi lagu tu sampai ke hari ni..

Arwah abah sangat suka berjalan. Dan kalau berjalan dia akan bawak satu family. Dan kerana abah jugak aku dah jejak kan kaki ke seluruh semenanjung Malaysia kecuali Sabah Sarawak je. Kalau x tido hotel, kitorang tido kat rumah sedara mara. Kalau time raya mmg paling best, abah akan bawak kitorang pusing satu utara termasuk Perlis dan Bukit Kayu Hitam. Abah jugak suka bawak kitorang makan2. Ingat lagi abah suka sangat makan mee bandung and nasi kandar. Kalau balik sungai petani, memang takkan lepas punya. Sebab tu aku pun ikut perangai abah suka berjalan ngan suka makan. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? cam omputih cakap "Like father like son". lebih kurang la bunyinya..

Bercerita pasal hadiah, arwah abah pernah hadiahkan aku jam tangan popeye. Rare giler jam tu.. Masa adik aku rizal darjah empat aku bagi jam tu kat dia tapi pastu rizal ilangkan. Aku punya mengamuk ngan rizal sampai menangis sebab tu je kenangan yang aku ada ngan arwah abah. Tapi xpe lah, xde rezeki aku. Kenangan kita simpan dalam hati. Betul tak? Hmm..Sebulan sebelum family aku pindah, abah kena lapor diri dulu kat bukit aman. Masa tu abah dah sewa rumah kat sungai buloh. Family semua masih kat Terengganu. Then masa tu cuti sekolah, aku orang yang pertama ikut abah ke KL sebab nak teman abah. Xdelah abah sengsorang kat sana. Masa aku dapat tau kitorang kena pindah KL, aku jadi gundah gulana sebab time tu hidup aku dah sebati jadi budak kampung. 3 tahun aku tinggal kat Terengganu banyak yang aku belajar dari seorang kanak2 bandar jadi budak kampung yang kaki mandi sungai!! Masa aku ikut arwah abah ke KL, sepanjang perjalanan tu aku cari macam2 alasan untuk aku terus stay kat Terengganu. Aku pernah tanya abah "Kalau Syahrul nak tinggal kat Terengganu leh tak?" Abah tgk aku then senyum je pastu cakap "Napa nak pindah Terengganu? Semua nanti kan nak pindah KL.."Aku senyap je. Then aku try lagi pujuk abah, aku cakap aku nak sekolah kat Terengganu, tak nak duduk bandar, nanti cuti sekolah aku datang la KL. Pastu abah diam and pandang aku sambil drive kereta Volvo kesayangan abah. Sepanjang perjalanan ke KL aku masih cari peluang untuk pujuk abah tapi gagal. Sebelum sampai KL, abah pesan kat aku yang merupakan pesanan terakhir sebelum dia meninggal yang buat aku x nak pujuk abah lagi. Abah cakap,

"Nanti Syahrul duk kat KL la, pastu jaga mama elok-elok" Aku tak faham masa tu sebab time tu aku baru berumur 13 tahun dan lepas arwah abah meninggal aku x sangka itu pesanan terakhir abah untuk aku. Masa kat KL aku banyak lepak kat rumah sebab abah kerja kat Bukit Aman. Bila hujung minggu, arwah abah bawak aku jalan2 kat KL. Seronok sangat time tu sebab aku rapat sangat dengan abah. Pas sebulan, mama, rizal, pindah KL. Sehari sebelum abah meninggal, kitorang tgk cerita P Ramlee sama2 dan buat kali yang terakhir. Dan malam tu abah meninggal dalam tidur sebab serangan jantung. Rasa macam disentap sebab aku dah xde ayah, apatah lagi untuk adik aku yang time tu umur 8 tahun. Dan start daripada tu, my life had begin, no more enjoy sebab aku ingat pesan abah dan aku masih lagi pegang sehingga hari ini..Kepada sesiapa yang masih ada ayah, hargai lah mereka, seperti mana mereka sanggup berkorban titik peluh demi mencari rezeki dan untuk anak2 di masa hadapan. Jangan lah hantar mereka ke rumah orang2 tua, tak salah kalau kita pulak balas jasa mereka dengan menjaga mereka dan memberi kasih sayang..

To Abah, you are the best dad in the world. We really miss you. Maafkan Syahrul sebab jarang jenguk abah. InsyaAllah, nanti syahrul datang ngan mama, abang iwan, rizal, kak waty, abang man ngan cucu abah yang tak sempat abah tatap Akmal Akil.Pesanan abah akan selalu kami pegang. Semoga roh abah dicucuri rahmat dan kami doakan abah tenang disana..Amin..Happy Fathers Day untuk Abah, kami rindu abah dan sayang abah selamanya..Our memories will be remember forever dan jasamu akan tetap dikenang selamanya..

Al - Fatihah.. In Memories 7 April 1950 - 19 Disember 1996

TPP MD YUSOFF BIN HAJI AHMAD

P/S : lama x ziarah kubur abah, rindu nak jenguk. Last sekali pergi masa pergi Jitra ngan sayang..

Masa pegi kubur arwah abah.. Gambar curi2 dari sayang..

Nanti nak upload gambar masa kecik2 dulu ngan arwah abah. Jumpa lagi di next entry..happy fathers day to all daddy in the world..Daaa..

Salam hari bapa,

Syharul @ En Tunang @ Mr papa

14 June 2009

ANNIVERSARY~





Assalamualaikum & salam rindu untuk blog...

Dah lama x update blog sebab terlalu busy dengan kehidupan dan kerjaya yang menghalang aku untuk update blog. Tapi hari ni aku akan update entrance yg best. Pernah tak korang terfikir untuk mendapat hadiah sesuatu yang sangat istimewa dan kejutan yang tak pernah terlintas difikiran? Yang pastinya kalau ada pasti korang adalah orang yang bertuah dan aku adalah salah seorang darinya!!!

Tanggal 11 June 2009, cukup 1 tahun 30 hari hari ulangtahun pertunangan. Dua hari lepas 12 June 2009, aku mendapat hadiah kejutan yang paling besh dalam hidup aku. My sweety fiance hadiahkan Nokia E71 BLACK STEEL yang sangat aku idamkan!!. Patut la semenjak dua menjak ni my sweety fiance slalu tanya "Papa suka handphone apa ek?". Aku just cakap "Papa nak cari phone yang leh subscribe email". Memang dah lama aku nak beli tapi kewangan tak mengizinkan. Ingat nak beli Blackberry tapi nanti aku pulak yang "terbery" nak bayar monthly charges dia. Tapi Alhamdulillah my sweety fiance hadiahkan aku E71 yang cukup sempurna untuk aku gunakan untuk tugas aku. Thanks sayang..



On 12 June aku cuti but teman my sweety fiance kat office sebab dia keja. Memandangkan aku pun ada keja nak buat then aku pun lepak kat opis sambil teman my sweety fiance keja. Tgh duk lepak kat kerusi tetiba my sweety fiance hulurkan sebungkus hadiah yang buat aku terpinga2. Then aku bukak pelan2 dengan rasa hati yang berdebar2....jeng jeng...Nah..Kotak phone NOKIA E71 BLACK STEEL tersergam indah. Terus bukak dan belek sambil lidah kelu sbb terkejut. Then terus amik gambar seperti di bawah.









To my sayang,

Thanks for the gift. Im really appreaciate it. Happy anniversary for us. Hope the light will be more bright after this. I will using the gift dan papa akan jaga Nokia ni elok2. Thanks a lot. Im really happy with it. :) Love you..

Semoga jumpa di lain entry..Daa..



P/S: Think of another surprise. Apa ek?

With Regards,
Mr Papa @ En Tunang

11 May 2009

SELAMAT HARI IBU

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur dan berikan nafas untuk terus hidup dan berikan peluang untuk terus coretkan warna warni kehidupan. Genap 3 bulan dah x update blog sebab busy yang teramat sangat dan hari ni berpeluang untuk update.
Tanggal 10 Mei 2009, seluruh dunia menyambut hari ibu. Dan setiap hari kita menyambut hari ibu. Terima kasih ke hadrat Ilahi dan bersyukur sangat kerana aku dikurniakan insan yang bernama Saemah Binti Che Noh yang sanggup mengandung, melahirkan dan membesarkan aku serta adik beradik yang lain sehingga ke hari ini. Jasa bakti mama hanya Allah yang dapat membalas. Dugaan mu mama kami tangisi dengan air mata. Dugaan hidup mama sangat hebat. Dari mula perkahwinan dengan arwah abah sampailah abah meninggal dunia. Aku kehilangan abah seawal umur 13 tahun dan masa tu erti hidup baru bermula. Mama x pernah terfikir untuk berkahwin lain sebab mama pernah cakap mama nak tumpukan perhatian pada anak2nya. Susah senang bersama. Mama pernah cakap mama xde kawan baik selain dari anak2 nya sendiri. Cerita gembira, sedih kami kongsi bersama. Terima kasih mama kerana kasih sayang mu.


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu untuk mama. Syahrul nak minta ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau ada salah dan silap dan kalau syahrul ada buat mama terguris hati. Syahrul tau antara kami 4 beradik, syahrul yang paling nakal dan paling jahat. Selalu sangat susahkan mama, susahkan hati mama, selalu buat mama sedih. Dari kecik sampai besar syahrul yang banyak peningkan kepala mama, buat mama sakit. Syahrul x nak sakitkan hati mama lagi, tak nak runsingkan mama lagi sebab dah cukup mama tanggung semua sebab syahrul. Syahrul minta maaf sebab hadiah untuk hari ibu tahun ni hanya sekadar ucapan. Tahun lepas syahrul hadiahkan bakal menantu dan mama sangat gembira. Tak pernah syahrul tengok mama gembira camtu. Syahrul x nak tengok mama sedih lagi..Selamat Hari ibu mama..Syahrul, Abang Irwan, Kak Waty, Rizal, Abg Man menantu mama, Akmal Akil - cucu kesayangan mama sayang mama..terima Kasih atas pengorbananmu, kasih sayangmu yang tak terhingga, dan selalu berada bersama kami ketika kami sedih dan susah. I love you mama..
"Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ku mohon keampunan padaMu sekiranya aku ada salah dan silap terhadap ibuku. Sesungguhnya kau panjangkanlah umur ibuku, ampunkan lah dosanya, permurahkanlah rezekinya dan berikanlah kesihatan yang sempurna, berikanlah diriku petunjuk dalam menjadi anak yang soleh dan menjadi yang terbaik untuk ibuku.Berikanlah kekuatan hidup pada dirinya dalam menghadapi dugaanMu Ya Allah. Ampunkanlah dosaku kerana aku banyak berdosa pada ibuku, dan Engkaulah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Menyayangi"
Hanya doa yang mampu syahrul berikan sebagai hadiah untuk mama..Selamat hari Ibu untuk semua ibu di seluruh dunia. Bercerita tentang hari ibu, aku nak kongsikan bersama satu cerita yang banyak menyentuh hati. Aku sendiri menangis lepas baca. Tajuk ceritanya SURAT UNTUK IBU. Baca dan hayatinya..
Mak…..Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari…..Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih….
Mak tau tak…..itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa…..dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..nak tinggal kan anak2 mak….. nak tinggal kan dunia fana ni…..
mak macam dah sedia…..Seminggu sebelum tu…..mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..kakak pun rasa hairan…..mak tak penah buat gitu…..
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam…Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan…
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2….pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari…..ada kat dalam dalam beg…..ada dalam ASB…..ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi….ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar…kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…mak cuma gelak jer…eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak…..Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..bila malam tu kiter sampai dari KL…..mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..mak tetap takmau pi hospital…. .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor…ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. …
Mak…..amponkan kami semua…kami nak mak sehat…kami sayang mak…kami tak mau mak sakit…kami terpaksa juga hantar mak ke hospital….ampon kan kami yer mak….
Mak…..Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta….Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula…kalau tak cukup, mak kan banyak duit…mak gelak ajerr…..
Lepas tu bila kereta kiter sampai….mak buat kenduri kesyukuran.. ….Dan kiter masih ingat lagi…bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak……Bila balik sahaja kampong….kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga…..
Mak….tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter….Mak…..Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital….nurse tengah balut mak dengan kain putih…..mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital….Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…mesti mak nampak semua tu kann…kann. .kannn
Mak tau tak….Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…Adik kat sebelah diam melayan perasann…Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…jalan di depan terasa makin kelam…..airmata dah tak mampu di tahan….Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela…Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. …sekosong hati ini…..Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ……terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. ….
Mak…..Kiter masih ingat lagi….Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….Anak2 mak yang pangku masa mak mandi….Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..Dia kata…” dikk…jangan nangis….kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”Bila makcik tu kata gitu…lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak….
Mak…..Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..kiter nangis ni…..Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….Takder orang yang bangun lagi…..kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…kiter rindu kat mak..!Takpa la…..nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak…mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .Semua anak2 mak mengelilingi mak…menatap wajah mak buat kali terakhir….Semua orang kata mak seolah2 senyum aja…Mak rasa tak….masa tu kiter sentuh dahi mak….kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk…..Kiter tak mampu nak cium mak…kiter tak daya….kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…Airmata kiter tak boleh tahan….Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah….Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…badan akak terasa panas…makk…anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak…..Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…Begitu terasa kehilangan mak…boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…Dan sampai satu tahap….masa tu malam jumaat selepas maghrib…Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…semakin kiter tenung terasa semakin sayu…tangisan tak dapat dibendung…
Mak tauu…kiter cuba bertahan….memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…Kiter rasa nak telefon mak…nak cakap dengan mak….anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…Puas la kakak memujuk kiter…Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..”Dan akhirnya akak juga nangis…..
Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…rasa nyilu sangat…menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…hanya sedekah al-fatihah kiter berikan…..
Mak….cukup la sampai sini dulu….kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula….Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…pastu kawan kiter bgtau…simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje…Takper yer mak…kiter kasi orang lain baca…Kiter stop dulu…sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk unibesiti..sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…boleh rasa duduk kat negara orang… sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


Surat ni berjaya menyentuh banyak hati. Tatkala aku paste kan citer ni pun airmata aku mengalir dan aku menangis sedih. Macam mana aku nak lalui semua tu tanpa mama aku. Ku mohon pada Allah agar tidak lalaikan diri aku dari tanggungjawab seorang anak kepada seorang ibu. Semoga berjumpa lagi di lain entry. Wassalam..

Salam sayang dari,
Syahrul @ Mr Tunang @ Papa

19 February 2009

HanTaran DariKu UnTukMu~ Part 1

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera untuk semua,

Sorry sebab da lama x update blog. Skang ni tengah cuti tahunan. Dipaksa untuk habiskan sebab contract renewal habis ujung bulan ni. Yang tak beshnya sebab kena amik AL time tgh bulan..Arggghh!!! tension tul..Hmm.. setiap tahun mesti aku kena amik cuti lump sum sbb aku bukan jenis kaki amik cuti. Semua perayaan aku kerja sbb gaji triple..he..he..Tapi ada kebaikannya jugak sebab banyak benda yang boleh dibuat. Macam contoh, boleh kemas bilik yang dah macam kapal pecah (mama aku selalu cakap camtu.he..he..), boleh basuh kiki, pegi bank update apa yang patut dan boleh datang opis suka hati untuk overtime macam company tu aku yang punya..he..he..dan yang penting dapat settlekan apa yang aku x dapat settlekan sebelum ni..

Sempena dengan cuti yang "terpaksa " dihabiskan, dan aku mengambil kesempatan untuk update hantaran yang me and my lovely fiance yang dah bincang before this. Setelah sesi survey2 dijalankan di semua tempat, we decide untuk beri hantaran as per list below. (Sayang kalau ada salah kat listing ni tolong bgtau ek :) ) Here we goes:

Untuk bahagian lelaki, we decide for gold color. Tema lebih kepada moden konsep. Jadi aku pilih warna gold nampak klasik skit. Dan ini listing untuk bahagian LELAKI dari bakal pengantin perempuan:

SEBELAH LELAKI (GOLD COLOR)

1. Sirih Junjung



2. Cincin


3. Jam Tangan (Tag Heur)


4. Kasut (Crocs? he..he..)


5. Wallet & Belt (Dunhill)




6. Kemeja, Tie & Caffling (Dunhill)





7. Perfume Set



8. MP4 Sony Walkman



9. AL - Quran



10. Kek HanTaran



11. Handphone (E90)



Hantaran yang ke 12 & 13 lebih kepada manisan. :)

So, itulah listing hantaran dari perempuan kepada pihak lelaki. Mesti ramai yang pelik kenapa banyak jenama Dunhill ek? Saja je nak selaraskan satu jenama. Sebab senang lagipun aku suka dunhill sebab aku pun suka isap rokok dunhill..he..he..ok nak pegi makan. nanti aku update untuk Hantaran dari lelaki untuk perempuan plak..da..

With Love,

En Tunang @ Syahrul

;;