14 February 2009

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Seluruh dunia harini menyambut valentines, tapi untuk Islam kita dilarang sambut sebab mengikut history Valentines asalnya dari seorang pejuang kristian yang bernama "Valentines" yang mana dia berjaya menjatuhkan Islam kat Sepanyol satu masa dulu (Tahun x ingat). Itu yang aku baca dalam majalah, suratkhabar, internet dan lain2. Cuma kadang2 aku pelik kenapa kena tunggu 14 Feb baru nak menyambut hari kasih sayang? Masa tu baru nak ucapkan I Love You, Aku cinta padamu, Miz u alot..Bagi aku hari kasih sayang disambut setiap hari dan tak semestinya hanya untuk pasangan kekasih. Ianya meliputi kasih sayang dengan Tuhan, dengan keluarga, saudara mara, kawan2 dan yang penting sesama makhluk kat dunia ni. Terpulang pada pendapat masing2 asalkan tidak terlalu taksub pada hari kasih sayang. Macam aku dan Mrs Tunang, hari2 kitorang menyambut hari kasih sayang. Anyway, saja bukak entry ni sebab boring. Tapi itu pendapat aku, kalau ada pendapat lain, terpulang. Lu pikir la sendiri kata Nabil Raja Lawak..He..he..
Lama tak post gambar, sempena hari kasih sayang, aku postkan gambar sweet antara aku ngan Mrs Tunang. Seronok tengok gambar2 ni sebab mengingatkan balik macam mana kami jumpa dulu. Sebelum ni dah citer, so enjoy the sweet picture and the sign that I love Aisya so much!!



To Sayang,
Happy Valentines Day, Thanks for the cakes, sweet & nice chocolate and sweet white chocolate like a candy. I love u so much and love u everyday..


With Love,
Syahrul @ Mr Tunang @ Papa...
08 February 2009
Assalamualaikum...
Yang Ni Tag No 2. Ditagkan oleh cik TunanG Saya..Layankan..
The rule:
Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer.
The Age Of The Coming Birthday
*26 Tahun..dah x leh gila2 remaja dah..
The Place i would like to visit
Mekah..Teringin sangat nak jadi tetamu-Nya..InsyaAllah kalau diizinkan Allah SWT..Amin..
The Favourite Place
Erk..Boleh letak 2 tak?
1) Beach @ Pantai kecuali Pantai Dalam ngan Hospital Pantai - sama cam my sweety fiance sbb tenang je bila mengadap laut..
2) Rumah - tiada tempat yang terbaik selain rumah sendiri
The Favourite Food
*Nasi Goreng - x kira siang malam, ni memang favourite makanan. Aku sendiri suka masak nasi goreng sebab senang dimasak..He..he..
The Favourite Things
*Handphone - Ntah sejak biler aku giler handphone..tapi aku suka PDA ngan phone ni..Nokia E90..Sebab memudahkan kerja..Semua ada..Hope can get it..
Nickname I Had
* BONZER - Masa kat sekolah sbb aku badan besar
*BOSS - Staff aku yang bagi
*Kacak-TL kat careline bagi nama dengan reason..entah!!
Others- Jikang (UiTM), Kacak (Menara Celcom), Yoi (Mama)
Name of My Love
*Siti Noraishah Ahmad Nasa'i
My Hobby

*Main Gitar (Nak beli gitar ni huaaa....)
*Modified KiKi
*Tido..zzzzzz
My Bad Habit
*Smoking..Ermm..biler la nak berenti ni..:(
My Wishlist
*Want to Get Married..InsyaAllah..Amin..
*Want to have big house
*Want to have kids (Kalau boleh kembar)

*Want to buy Evo 7..(Kalau mampu..), paling busuk pun honda jazz..

Itulah jawapannya..Tunggu tag dari papa ek..Dont worry tak susah pun..Cerita pasal zaman kanak2 ngan zaman sekolah..nanti papa wat ek..Daaa...
Wassalam..
WiTh LoVe,
Syahrul@Mr Tunang@Papa..
07 February 2009
Assalamualaikum semua..
Hari ni peluang untuk buka blog alek, sebab kat AHP xleh bukak blog. Internet disekat. Hampeh betul company aku. Dah lama tak bukak blog, tetiba aku di tag oleh tunangan tersayang :) Setelah terbangang2 mencari apakah tag itu, baru le paham. Disini aku menjawap segala persoalan yang telah di tag. Enjoy!!
c ) Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sbelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
Nama saya MOHD SYAHRUL FAIZAL BIN MD YUSOFF
Saya anak yang ketiga dari 4 adik beradik.
Saya bekerja di Bahagian Data entry CPC MNP sebagai team leader
Hitam & Biru adalah warna kegemaran
Saya suke kucing. Tapi xleh bela sebab mak saya x suka sbb nanti bulu2 dia berterbangan.
Saya ada seorang Tunang dan saya bakal jadi suami orang tak lama lagi. Hmm siapa en tunang saye? Dia adalah permaisuri saya Siti Noraishah Ahmad Nasa'i
Saya suke muzik dan modified keta "mesin basuh" saya iaitu kenari atau panggilannya KIKI yang diberi oleh tunang saya.
Saya pun suke pegi melancong. Sejak saya berkenalan dengan tunang saye, saya slalu pegi vacation.Dalam Malaysia sahaja, tapi teringin nak ke Sabah & Sarawak..!!
Saya suke masak dan kerjakan dapur mak saya ketika mak saya xde di rumah. Masakan yang saya suka masak ialah nasi gorang ntah apa2 ntah..asalkan sedap dan kenyang!!
Saya sayang mak saya, adik beradik saya dan anak buah saya Akmal Aqil. Saya cintakan tunang saya dan merekalah harta saya di dunia ni (Kasih Sayang)
d) Pilih 5 penerima award setrusnya n nyatakan di blog anda.
- Cik Mimie
- Cik Aznil Hj Nawawi
- En Mamat Khalid (Pengarah Malaysia Terbaik)
- En Afdlin Shauki (Favourite artis in Malaysia!!!)
5) jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
- Tunangan saya punya blog..
Posted in Tagged!
26 January 2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Hari ni nak bercerita tentang Kiki. Sebuah kereta perodua kenari tahun 2006 yang banyak berjasa pada aku. Time aku pegi, balik keje, jalan2 satu malaysia dan lepak2 ngan member2 inilah kenderaan aku. Mula2 nama dia hotwheels then my fiance bagi nama kiki. Sedap nama tu dan terus lekat sampai hari ni..
Kiki ni aku beli bulan April 2006.Asalnya banyak jenis model keta yang aku suka tapi aku tak tau napa aku suka kiki. Semuanya bermula ngan Wewee yang suh aku bawak kenari masa nak pegi lunch. Lama2 aku suka plak ngan kenari. Esok tu terus order ngan ada sorang brader ni and tepat 7 April 2006 pas balek keje dari Menara celcom kul 12am, brader perodua ni call "Rul, ko tolong amik keta ko ni, aku dah xde space nak letak keta lagi." Then call membe aku syapik mlm tu jugak gi amik kiki kat midvalley. Tak pernah buat dek orang beli ngan amik keta tgh2 malam. Tapi excited punya pasal, penat keje pun ilang. Pastu yang paling best dia tak bagi minyak kat kiki aku ni. Nasib baik aku selamat sampai kat shah Alam dengan minyak yang da nak abes. He..he..kelakar jugak bila diingatkan alek. Mulanya ingat nak order kaler putih tapi abish stock and last2 tukar fikiran amik kaler itam. Dan bermula lah hidupku bersama kiki..
Malam tu hati aku berbunga2, lena tido, xde la susahkan mama lagi dah ada keta sendiri. Kalau tak mesti selalu berebut kereta, kadang2 kesian mama sbb xleh nak pegi mana2 sebab keta aku bawak pegi keja. Satu lagi keta ialah Fiore (Proton Saga). nanti aku wat satu thread untuk fiore ni plak.Bercerita alek pasal kiki ni, sebelum kiki ni kuar, aku dah beli spoiler butterfly ngan emblem MOVE MASHIMARO untuk kiki. Best tak? Loan pun x approve lagi dah g beli spoiler. Then aku antar pegi cat yang agak cekik darah RM400 hanya untuk cat spoiler kaler itam. Memang aku xkan hantar lagi kedai cina kat seksyen 15 tu.Lepas kiki keluar, keesokan harinya terus gi pasang tinted sbb tak tahan panas.75% woo, mana la tak abang JPJ jeles tgk keta aku. He..he.. Seminggu pastu baru gi pasang spoiler kat kedai cat cina tu. Sementara cina tu dok pasang aku jalan2 kat dalam kedai dia, hati sudah dup dap dup dap bila terpandang sport rim Work Emotion 15 inch kaler putih yang aku rasa sangat sesuai dengan kiki. Ingat nak tanya harga je, aku terus suh cina tu pasang skali sport rim tu, then kiki sudah bersport rim baru selepas seminggu je beli..hebatkan? Begitulah kuasa kad kredit. pastu terus gi kedai tayar kat Sek 24 beli sport spring nak rendah punya pasal (lowered baeeekk punya) jenama Dr. Spring. he..he
Then aku suh Bilun (membe aku gak) teman aku gi kelang sebab nak buat grill. Besi woo, pastu tangan gatal lagi, kali ni pegi kedai ekzos plak nak naikkan taraf kelajuan skit, just tukar tabung tengah ngan tips belakang (siap boleh tadah air punya) ngan bunyi yang mantap akhirnya terbanglah RM250 aku tapi puas hati.Sebulan pastu aku tukar rim. Sebab aku tukar rim sebab tak larat nak basuh rim putih aku. Aku dah start berkenan rim yang ada bibir atau deep dish, bibir ala2 angelina jolie gitu..he..he. Tangan gatal lagi aku jual rim kat internet then aku usha rim kat internet pastu aku deal ngan tokey rim kat PJ Jalan SS2 (Kat dalam Shell). Bergaya sungguh time tu sebab rim aku dah tak kaler putih tapi kilat2 and 2 piece style dari taiwan.Pastu tangan gatal lagi nak main lampu2. Beli LED dari satu brader dari Sunway melalui internet then install interior punya lampu kat bawah kaki. Tunang aku suka sebab dia cakap romantik..he..he..
Pastu da takde apa2 lagi perubahan, semuanya standard dan baru berkira2 nak tukar bodykit sehinggalah sesuatu yang terjadi, hmm..malang tak berbau kan? tanggal 23 November 2006 @ 2.20pm, aku terlibat dalam kemalangan kat federal highway kat ngan Kerinchi time on the way pegi keje.Semuanya pasal emergency break, aku langgar Honda CRV yang tiba2 brek mengejut ntah apesal. Aku dah langgar pastu belakang aku wira plak langgar adooii..da jadi burger kiki aku ni. Tapi Alhamdullilah aku tak cedera teruk, cuma lebam2 kat dada sebab terhentak kat stering ngan urat belikat aku terpeleot, bawah kaki aku lebam sebab menahan besi seat kiki. Tapi kiki..depan barai, belakang barai, radiator pecah, lampu aku abish, ekzos yang aku baru buat pun abish. hampeh tul semua gara2 Honda CRV tu, yang wira tu pun padan muka sebab cucuk aku dari belakang lagi. Lepas amik keterangan, panggil tol truck pastu anta kiki gi bengkel, tapi mungkin aku dah buat rekod malaysia kot, pasal aku eksiden kat lorong kanan kerinchi federal highway, jalan jem dari tol batu tiga sampai kerinchi..he..he mesti menyumpah2 org atas jalan, tak kurang jugak yang tengok ada warna merah atas jalan ingat darah. Mesti ramai yang pelik tengok pemandu sihat walafiat je siap leh pau rokok brader insurans tu lagi sambil2 isap. tapi hakikatnya warna merah yang mengalir tu adalah minyak brek aku yang pecah..ohh tidakk!!
Kiki kat ICU menerima rawatan, sambil2 tu terpaksa lah aku guna fiore (Proton saga) mak aku balik. Kepala dah pening, keta tak sampai setahun dah eksiden. Apa nak buat dah takdir, ada hikmahnya. Setiap kali tu la aku berulang ke Puchong tempat bengkel kiki menerima rawatan. Sayu je bila tengok kiki dah hancur. Kalau diikutkan dah macam total loss, tapi masih boleh dibikin, mujurlah yang selamatkan aku pun seat belt. masih boleh dibikin? terlintas dalam fikiran time ni la aku nak pau insuran. Aku mulakan langkah beli bodykit baru (beli lips Move Silk), Side skirt NRF, ngan ekzos blakang, pastu amik lips blakang "cap ayam" ngan cover lampu NRF supaya nampak lebih garang. Tau sebab kenapa aku bikin? Sebab cat free, aku tak yah bayar cat sebab keta aku ditanggung sepenuhnya oleh bank.Dan bermulalah era baru kiki sebagai Kenari VIP dan aku start join kelab VIP Dream Club.
Sebulan aku "patah kaki" atau dengan erti kata lain aku xde keta. Then aku call Syapik skalilagi temankan aku pegi amik kiki kat bengkel..Nah..terselah VIP kiki..time tu semua mata kat puchong tu da tengok kat kiki. Bila aku tanya syapik apesal ramai pandang keta aku, dia jawap "Keta ko cam mafia kot". Ada kebenarannya, dengan tinted hitam yg x nampak dalam, then rim deep dish yang berkilau, bodykit yang labuh dengan warna gelap mgkn org tengok keta aku cam mafia. Emm..lantaklah..setiap orang lain citarasa kan? Seminggu pastu tayar aku botak gara2 emergency brek eksiden aritu,kebetulan abang said ajak aku pegi Klang, aku pun follow sebab nak cari tayar, sampai kat satu kedai ni, aku terpandang satu rim VIP, hadoi niat aku nak tukar tayar terpaksa tukar niat kepada tukar rim, skali lagi aku tukar rim ngan tayar skali, last2 aku tolak rim aku kat abang said. Abish cerita dan untuk kali ketiga aku tukar rim lagi tapi kali ni jenama K&N dari taiwan 15 inch dan aku pakai sampai ke hari ni..Hee...
Pas pada tu aku bagi nama keta aku VIP Hotwheels. Siap wat sticker kat Sunway ngan logo Club skali. Kelab yang aku join VIP Dream Club dan telah dipromotekan oleh staff aku kat opis. Then aku terus lekat kat kelab tu join keta2 VIP. Time ni baru rasa cam mafia. Then aku dapat bonus dari company aku keje tahun 2007, kasi tukar stering VIP, then aku pegi sek 25 buat sound system. Amp, tweeter, wayar, woofer 10 inci dan speaker semuanya dari Mohawk. Then upgrade alarm skali yang ada sensored dan ada suara. Alarm Suara? sapa pernah dengar dia taulah keta aku yang mana. Habish RM1500 duit bonus utk sound system, steering ngan alarm.Hish..tapi bunyinya kalah disco, tu yang hari2 rasa nak "feng -tau" tu..he,,he.bila keta dah cun apa barang bawak slow, kasi bawak laju skit, setakat vios bole lagi tapau. dan hasilnya aku kena saman sebab speed trap kat Jalan Mahameru time alek keja..arrghh apa la kiki asyik malang je..hmmpositif think = mesti ada hikmah..hmm..x tau la apa hikmahnya then pastu keta aku wayar plak problem, langsung temperature aku naik mendadak and asyik nak mati enjin. Bawak pegi perodua, aku kena ganti semua wayar RM400 melayang untuk ganti wayar baru..Hish..ada hikmahnya ni (nak sedapkan hati)
Berbulan2 kemudian lepas tragedi ngeri tu kiki pun dah ok, trauma utk aku still ada, aku dah tak bawak keta laju2, tapi satu masalah aku bila main VIP ni ialah parking kat opis Menara Celcom. Tak lepas, aku kena parking belakang, dan masa ni aku da start untuk gatal tangan tuka bodykit. Antara bodykit yang aku minat giler time ni (rujuk gambar). Aku angkat bodykit loco kat member aku untuk tolong dijualkan kat sorang mamat cina kepong then aku amik komisen skit utk beli bodykit casual.
Kerana terlalu minat ngan VIP aku ingat nak amik Move Casual punya bodykit, siap beli kat kedai potong RM1500. Baru nak pasang chasis plak tak muat. Nak kena carik yang pakar plak install bodykit ni. Aku dapat full set lengkap. Cam gambar kat bawah ni. Tapi skali lagi nasib aku kurang baik, lampu blakang aku sebelah kiri plak dah kena langgar ngan lori. Tak tau time tu sapa bawak, yang pasti time parking plak tu. Terbang ongkos tukar lampu kristal dari taiwan, then kena tukar spoiler plak, aku jual spoiler kat abg said then amik double spoiler. (Abg said la harapan untuk beli barang aku..he..he..)
Time tu biler dah jumpa ngan pakar utk install bodykit ni, nasib aku kurang baik skali lagi. Keta aku kantoi JPJ pasal tinted. yang paling bestnya, aku x kena roadblock, dia anta surat. Kurang asam betul la sapa yang pegi report tu. Pasal dapat surat JPJ tu aku x jadi install bodykit sbb keta aku dah ada nama kat JPJ. Last2 aku jual kat internet dengan harga RM1300. nasib baik ada buyer. Kalau tak jadi tukun la kat umah. Mama pun dah bising2 bila nak alehkan bodykit casual ni. last2 aku jual, senang cite. Part JPJ ni x abesh lagi. Kiki kena pegi JPJ kat Jalan Genting Klang untuk inspection. Masa tu my sweet fiance temankan (thanks sayang), sehari sebelum tu pegi bukak tinted. Dah masuk JPJ, kantoi plak cermin blakang x lepas. Masalahnya tinted tu bukan kertas gelap, tapi tu cermin Move yang insuran kasi masa aku eksiden dulu. Akhirnya aku terpaksa bukak and tukar ngan brader Said (Trainer Vads celcom). ia ni kaki kenari gak. Nasib baik la ada yang sudi nak tukar cermin, tapi kena bayar upah pasang plak..Apalah nasib..Pas tukar aku terus pegi inspection. hampeh nya JPJ dia tak check pun keta aku, punya lah lama tunggu, last2 dia batalkan saman aku..hadoi, xpe la asalkan kiki clear..Yeah..kiki da clear dari JPJ.
Tapi spoiler takleh cat lagi, sebab ongkos tak mencukupi, xkan nak anta lagi kat cina tu. tak nak aku..Dan tangan aku gatal lagi, kali ni aku tukar stail VIP untuk main loco plak. Aku tukar side skirt dari yang labuh ke yang standard punya. Depan pun skali aku order lips. Loco style. he..he.. siap survey harga untuk grill loco kiki. Pastu kasi masuk "bush" kat blakang supaya tak la rendah sgt kiki. Kalau tak orang duk blakang asyik cecah je.
Tengah dok berkira2 nak cat body, skali lagi kiki aku ditimpa malang, eksiden lagi!!! 3 hari sebelum puasa kiki eksiden kat federal highway jam 11 malam. Time tu ujan renyai, baru alek keja, tetiba ada satu Hyundai Sonata ni brek emergency, time tu aku sempat brek tapi kena jugak, masa tu keta depan brek sebab nak elak eksiden kat depan, bumper to bumper. Tapi Alhamdulillah, kali ni nasib baik sebab xde org langgar blakang, and langgar pun x la teruk sangat. Sonata tu lagi la calar pun xde!! Sebab xde orang langgar aku kat blakang, aku di saman RM300 sbb kecuaian (ada ka patut?) sedangkan aku emergency brek?, saman la org depan, apesal suka main brek?hmm..nasib..nasib..
Dan selepas berbagai2 dugaan, keta plak problem lagi, aircond plak kali ni..hadoi..kenapa kiki? Kenapa lah kau buat hal? Ni yang rasa cam nak tukar keta je ni..Pakcik aku cakap suh tukar no plat sbb tak bawak ong. Pastuh dia cakap suh tukar kaler cat, sbb kaler keta nampak jahat sangat. cam kata abg said "Keta ko ni tak nampak cam VIP tapi cam keta budak nakal" he..he..
So, begitulah citenya, sampai skang masih mencari identiti untuk kiki. Rasa cam nak main VIP alek, rasa cem nak stay loco je..hmm entahlah..yang pastinya aku rindu kiki yang dulu..yang buat ramai pemilik keta jeles sebab kiki nampak VIP..Haruskah aku buat balik camtu..nantikan kalau ada rezeki..Ke patut aku jual je? Tapi sayang plak nak jual..entahlah..Berjumpa di thread akan datang dengan citer fiore plak..Apa kata anda tentang Kiki? hmm..Daaa...
With Love,
Syahrul @ En Tunang





























